APA ITU AMAL KONGSI REZEKI?
AMAL Kongsi Rezeki Adalah satu projek yang di usahakan oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah NGO dakwah dan kebajikan yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati golongan yang kurang bernasib baik melalui pelbagai aktiviti. Antaranya ialah It’aam Fuqara’(Feed The Poor), Ziarah Masakin dan Warung Makan Sahabat.
Usaha ini mensasarkan golongan asnaf bagi meringankan beban kehidupan dan masalah yang dihadapi oleh mereka, seterusnya mampu menjadi medium dakwah bilhal yang berkesan kepada asnaf Islam dan belum Islam.
Apabila bermualanya pandemic covic-19, proses untuk membantu asnaf untuk mendapatkan bekalan makanan menjadi lebih sukar dan mencabar. Relawan mudah terdedah kepada bahaya jangkitan penyakit disamping kesukaran untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa bagi menjalankan operasi agihan.
Walau bagaimanapun asnaf tetap harus dibantu agar mereka tidak kelaparan dan boleh terus kekal di rumah sempena darurat ini.
RAK AMAL KONGSI REZEKI UNTUK GOLONGAN TERJEJAS
Senarai Lokasi Terkini Rak Amal Kongsi Rezeki
MANFAAT AMAL KONGSI REZEKI
Amal Kongsi Rezeki Adalah Sebuah Konsep Ecosystem Sumbangan Jangka Masa Panjang Dari Penyumbang Kepada Mereka Yang Memerlukan Terus Dari Sumber
- Mendapatkan Penaja Rak AMAL Kongsi Rezeki
- Membina rangkaian dengan peruncit Muslim
- Mencari Lokasi yang sesuai
- Membuat Kempen hebahan lokasi kedai
- Menghantar RELAWAN bagi mengagihkan barangan keperluan kepada ASNAF yang bermasalah
- Menyediakan ruang simpanan jika berlaku lambakan untuk diagihkan
- Mengemaskini Database asnaf
- Memaklumkan asnaf untuk mendapatkan bekalan di AmalKongsiRezeki berdekatan
- Membeli barangan keperluan harian sambil berkongsi di Rak AmalKongsiRezeki
- Menyampaikan maklumat kepada Rakan dan jiran
- Penyumbang Rak dari Agensi Kerajaan, badan koperat dan orang perseorangan
- Membantu Membuat Kempen hebahan lokasi kedai
- Mengambil barangan sumbangan dari di Kedai Runcit yang terlibat
- Mendapat maklumat atau menerima barangan sumbangan melalui RELAWAN AMAL jika berada jauh dari lokasi
- Meminta kebenaran Peruncit selaku penjaga AmalKongsiRezeki
- Membuat Kempen hebahan lokasi kedai
- Menyediakan ruang bersesuaian untuk AmalKongsiRezeki di kedai runcit mereka
- Menjadi rakan kolaborasi Yayasan Amal Malaysia
Menjaga keselamatan AmalKongsiRezeki - Menyimpan dan mengemaskini Data Asnaf
- Membantu menyebarkan maklumat tentang AmalKongsiRezeki di ruangan kempen yang ada
- Menghubungi RELAWAN AMAL jika berlaku limpahan barangan untuk diagihkan
- Menjadi ajen pembekal barangan bagi tujuan sumbangan
- Memaklumkan asnaf berkaitan status barangan sumbangan secara berkala dan mendapatkan bekalan di AmalKongsiRezeki berdekatan
- Menjadi Penaja Rak AmalKongsiRezeki Dengan Kos Yang Telah Ditetapkan
- Menyampaikan maklumat kepada Rakan dan jiran
- Penyumbang Rak dari Agensi Kerajaan, badan koperat dan orang perseorangan boleh memilih untuk melatakkan Logo Syarikat atau Branding Tajaan
- Membantu Membuat Kempen hebahan lokasi kedai