logo akrab

ADAKAH ANDA INGIN TAHU BAGAIMANA CARA MENYUMBANG SEKALI TETAPI GANJARANNYA BERKALI-KALI?

Sabda Rasulullah SAW yang Bermaksud:
” Tidak sempurna iman , jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetanggamu menangis kerana kelaparan “

( Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )

APA ITU AMAL KONGSI REZEKI?

AMAL Kongsi Rezeki Adalah satu projek yang di usahakan oleh Yayasan Amal Malaysia, sebuah NGO dakwah dan kebajikan yang  sentiasa mencari peluang untuk mendekati golongan yang kurang bernasib baik melalui pelbagai aktiviti. Antaranya ialah It’aam Fuqara’(Feed The Poor), Ziarah Masakin dan Warung Makan Sahabat.

Usaha ini mensasarkan golongan asnaf bagi meringankan beban kehidupan dan masalah yang dihadapi oleh mereka, seterusnya mampu menjadi medium dakwah bilhal yang berkesan kepada asnaf Islam dan belum Islam.

Apabila bermualanya pandemic covic-19, proses untuk membantu asnaf untuk mendapatkan bekalan makanan menjadi lebih sukar dan mencabar. Relawan mudah terdedah kepada bahaya jangkitan penyakit disamping kesukaran untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa bagi menjalankan operasi agihan.

Walau bagaimanapun asnaf tetap harus dibantu agar mereka tidak kelaparan dan boleh terus kekal di rumah sempena darurat ini.

AMAL KONGSI REZEKI ADALAH SEBUAH KONSEP ECOSYSTEM SUMBANGAN JANGKA MASA PANJANG DARI PENYUMBANG KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN TERUS DARI SUMBER

RELAWAN AMAL

PERUNCIT

PENAJA RAK AMAL KONGSI REZEKI

PENYUMBANG

ASNAF PENERIMA SUMBANGAN

amalkongsirezeki di media

terima kasih buat rakan peruncit yang SAMA-SAMA MENJADI PENDOKONG

APA kata asnaf?

"Peniaga Nasi Lemak Yang Terkesan akibat Pandemik covid-19, kadang-kadang orang tak tahu siapa sebenarnya yang betul-betul susah antara kita"
Makcik Peniaga Nasi Lemak
"2 Anak Saya OKU, Suami pula tak larat kerja sebab sakit kencing manis, mata pun dah tak nampak. hanya seorang anak boleh kerja pun tidak tetap. musim Lockdown pula tak dapat kerja ",
Ibu 2 Anak Kurang Upaya

Rakan Penaja Terkini

kini rak amal kongsi rezeki di 32 lokaSI

antara projek berimpak tinggi yayasan amal malaysia