Amal Kongsi Rezeki

AmalKongsiRezeki

Infaq Umum Rak Amal Kongsi Rezeki


Assalammualaikum Tuan Puan Para Dermawan 

yang disayangi dan dirahmati Allah
Selawat & Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ

“Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik”;  [Ad-Duha: 10]

Perkara yang kita boleh tadabbur, antara pengajaran lain dalam ayat ini, Allah SWT mengajar kita supaya jangan sombong. Allah beri panduan untuk bertindak kepada “peminta”, dengan sikap yang baik. Soal mampu bantu atau tidak, bergantung pada rezeki yang ada pada kita. Namun, jika mampu bantu atau tidak, selalulah perhatikan sikap kita, sentiasa kena berbuat baik.  Hanya orang-orang yang beriman dan sabar sahaja akan bertindak yang terbaik.

INFAQ TAJAAN RAK AMAL KONGSI REZEKI. SEMOGA TUAN PUAN PARA DERMAWAN DIAMPUNKAN DOSA, DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK & DIMAKBULKAN SEGALA DOA

Niatkan sedekah kepada ibu bapa & yang tersayang


JOM TUAN PUAN BERSAMA KONGSI REZEKI DARIPADA ALLAH DENGAN MEREKA YANG MEMERLUKAN. HANYA RM 10 MINIMA UNTUK PENUHKAN RAK AMAL KONGSI REZEKI DENGAN BARANG-BARANG KEPERLUAN.


BERKAT SOKONGAN TUAN/PUAN RAK AMAL KONGSI REZEKI DARI 11 RAK KINI TELAH BERTAMBAH SEHINGGA 100 RAK DI SELURUH NEGARA


JIKA ADA DIKALANGAN KITA YANG PERLUKAN BANTUAN SILA LIHAT LOKASI RAK AMAL KONGSI REZEKI BERDEKATAN DENGAN TUAN/PUAN DI BAWAH.


MAKLUMAT LANJUT & AKTIVITI TERKINI MENGENAI RAK AMAL KONGSI REZEKI INI BOLEH LAYARI FACEBOOK RASMI KEMPEN RAK AMAL KONGSI REZEKI

KLIK UNTUK KE FACEBOOK PAGE RASMI RAK AMAL KONGSI REZEKI


APA ITU PROGRAM AMAL KONGSI REZEKI.


Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama pekedai runcit/pasaraya milik usahawan islam kini meletakkan Rak Amal Kongsi Rezeki yang diisikan dengan barang-barang keperluan harian agar mudah bagi golongan-golongan yang terkesan ini mendapatkan barang keperluan harian. 


Setakat ini sebanyak 100 Rak Amal Kongsi Rezeki ini bertaburan di seluruh semenanjung Malaysia. Dengan bantuan Tuan/Puan para dermawan budiman lebih banyak Rak Amal Kongsi ini boleh diletakkan dan lebih ramai mereka yang terkesan dapat dibantu


TUAN PUAN BOLEH RUJUK PETA DIBAWAH UNTUK LOKASI RAK AMAL KONGSI REZEKI YANG TERDAPAT DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA.

BANTU UTK SEBARKAN RAK AMAL KONGSI REZEKI INI KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN



PROGRAM INI MEMBANTU IBU DENGAN 2 ANAK YANG KURANG UPAYA MENERUSKAN HIDUP MEREKA. INI SEMUA HASIL SUMBANGAN TUAN/PUAN YANG BUDIMAN

PENIAGA NASI LEMAK INI TERJEJAS PENDAPATAN SEMENJAK PKP DILAKSANAKAN



Jom Tuan Puan yang budiman...Infaq Tuan Puan akan digunakan untuk membantu saudara kita yang terkesan. Semoga ALLAH mengabulkan segala permintaan dan doa Tuan Puan yang ikhlas menyumbang.


Tuan/Puan boleh layari facebook Yayasan Amal Wilayah untuk mengetahui aktiviti terkini setiap hari.

Yayasan Amal Malaysia Wilayah Persekutuan (   PPM-014-10-30052001-000011   ) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang berorientasikan Amal Kebajikan. Gerak kerja Amal adalah bertebaran seluruh dunia. Moto Amal adalah "Working for Humanity, Serving God". Setelah sedekad berlalu, Yayasan Amal Malaysia (Amal) mencurah bakti di atas bumi bertuah ini menelusuri pelbagai ranjau dalam menyemai bakti di seluruh pelusok dunia.  Anda boleh layari website kami di alamat