Amal Kongsi Rezeki

AmalKongsiRezeki

Mengenai Projek

Mengenai projek kami

Latar Belakang Projek

Projek rintis Rak Amal Kongsi Rezeki di mulakan bagi membantu mereka yang terkesan ketika pandemik, tanpa perlu mendedahkan relawan kepada bahaya jangkitan penyakit ini. Inisiatif Yayasan Amal Malaysia ini menggunakan konsep ‘Food Bank’ dan bekerjasama dengan kedai runcit Muslim yang mengetengahkan konsep (BMF). Kerjasama ini membantu memudahkan urusan tiga pihak sekaligus, iaitu pihak pemohon sumbangan, pihak yang memberi sumbangan dan pihak yang menjadi pembekal bekalan dalam usaha menyantuni golongan asnaf yang amat memerlukan barangan keperluan mendesak.
AmalKongsiRezeki

FOKUS PROJEK

Membina rak yang eksklusif dan mudah urus bagi diletakkan di kedai runcit yang akan berkolaborasi dengan Yayasan Amal Malaysia.

AmalKongsiRezeki

Objektif Projek

  • Membantu memenuhi keperluan mendesak Asnaf dalam sasaran lima ribu asnaf

  • Memenuhi permohonan bantuan mendesak Asnaf melalui talian telefon dan online

  • Membina rangkaian penyumbang dari kalangan peruncit sasaran 300 buah kedai runcit

  • Mempromosi kedai runcit yang berkerjasama

  • Membantu memudahkan para penyumbang untuk menjadi sebahagian dari rangkaian bantuan dengan menyumbang barang makanan tanpa duit

  • Membina nama baik Yayasan Amal Malaysia dalam usaha bantuan kepada asnaf

  • Menjadi pemudahcara antara asnaf, peruncit dan penyumbang.