Amal Kongsi Rezeki

PENAJA

DRB-HICOM

AmalKongsiRezeki

PENAJA UTAMA

Waqaf An-Nur Corporation Berhad (Waqaf An-Nur) merupakan sebuah syarikat berhad dengan jaminan tanpa syer yang diinisiatifkan penubuhannya oleh Johor Corporation (JCorp). Penubuhannya bertujuan bagi menguruskan aset dan saham syarikat dalam Kumpulan JCorp yang diwakafkan. Oleh itu, Waqaf An-Nur berperanan sebagai Maukuf Alaihi kepada saham dan lain-lain bentuk sekuriti syarikat perniagaan tersebut.

Pada asalnya Waqaf An-Nur beroperasi secara khusus dengan nama Pengurusan Klinik Waqaf An-Nur Berhad bermula 25 Oktober 2000. Ketika itu ia ditubuhkan hanya untuk menguruskan klinik waqaf dan pusat dialisis di bawah Johor Corporation dengan pelaksanaan operasi oleh KPJ Healthcare Berhad.

Seterusnya, nama syarikat ditukarkan kepada Kumpulan Waqaf An-Nur Berhad pada 19 Julai 2005 dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad pada 18 Mei 2009. Pertukaran nama mempunyai signifikasi yang jelas terhadap peranan lebih luas berkaitan skop yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat ini.

Visi

Menjadi institusi wakaf yang mampan, lestari dan profesional bagi memperkasa ekonomi ummah sejagat.

Misi

Membangunkan institusi wakaf secara profesional dengan menggunakan pendekatan inovasi, membina bisnes dan menguruskan sumber aset yang strategik secara produktif serta memakmurkan kesejahteraan generasi akan datang menerusi manfaat wakaf.